BATALION KEDUA PULUH EMPAT
REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA
LAMBANG PASUKAN SERTA PENGERTIAN
Lencana dan warna pasukan Batalion Ke 24 Rejimen Askar Melayu Diraja telah dicipta dan diwujudkan dengan hasrat memberi semangat, perangsang dan gesaan serta kebanggaan kepada pasukan berteraskan kepada kerelaan dan kesetiaan tiap-tiap anggota di pasukan ini untuk berbakti dan berkorban demi keuntuhan negara, bangsa dan agama. Di samping itu, lencana dan warna pasukan ini akan mengabadikan identitinya yang asli dan sejati berdasarkan kepada pergolakan dan pengalaman yang telah dan akan dialaminya sebagai satu pasukan infantri negara ini. Pengertian warna dan lencana pasukan adalah seperti berikut:
Bulatan Bintang 15 Penjuru. Bulatan bintang 15 penjuru melambangkan bahawa Batalion Ke 24 Rejimen Askar Melayu Diraja akan bersedia dan rela berbakti, berkorban dan menyinarkan tenaga dan cahayanya (dilambangkan oleh bintang) bukan sahaja di setiap negeri dalam Malaysia (dilambangkan 14 penjuru bintang) tetapi juga di luar negara (1 penjuru bintang).
Warna Merah. Melambangkan keberanian, kepewiraan dan kerelaan tiap-tiap anggota pasukan ini untuk menghadapi dan menghancurkan musuh durjana dengan jiwa dan raga hingga titisan darah yang mengalir.
Bulatan Warna Hijau. Kesediaan dan kemampuan pasukan untuk berjuang dan bergerak ke mana-mana sahaja dengan bentuk bulatan.
Warna Hijau. Malambangkan keagamaan Islam yang berteraskan kepada Allah untuk memberi perlindungan dan keredhaan bagi pasukan ini, menghadapi segala tugasnya. Hijau juga memberi erti kesuburan dan kecergasan jasmani dan rohani anggota pasukan ini untuk menghadapi penghidupaan seharian umpamakan pokok yang subur dan menghijau di bumi negara kita yang tercinta ini.
Bulatan Berwarna Putih. Bulatan berwarna putih yang terdapat di tengah-tengah lambang Rejimen Askar Melayu Diraja membawa erti keikhlasan, kemurnian, kejujuran serta keadilan. Tiap-tiap anggota pasukan ini rela berbakti dan berkorban dengan jiwa dan raga sehingga ketitisan darah yang terakhir. Ini adalah sumpah kami yang lahir dari hati yang murni, jujur dan ikhlas. Keadilan akan merupakan sifat yang murni yang dipegang oleh setiap anggota yang memimpin dalam pasukan ini.