top of page

RAGAAN UTAMA

 

1.      Ragaan Utama Batalion. Batalion Ke-24 RAMD telah mengambil ‘Kapal Layar Nelayan’ sebagai Ragaan Utama Batalion. Kapal layar perak ini malambangkan rakyat Negeri Terengganu dapat mencari rezekinya dengan aman dan sejahtera atas jasa-jasa pasukan keselamatan yang mengawal keselamatan mereka. Pekerjaan nelayan merupakan pekerjaan utama Terenggagu pada suatu masa dahulu dan sebahagian daripada mereka masih mengekalkan penghidupan nelayan secara tradisional. Di samping itu juga Kapal Layar Nelayan ini melambangkan perpaduan warga batalion dengan melaksanakan tugas dan amanat Negara, walaupun menghadapi gelombang dan ombak yang tinggi.

 

2.      Sejarah. Kapal Layar Nelayan yang diperbuat daripada perak ini adalah sumbangan penghargaan dari Kerajaan Negeri Terengganu kepada batalion ini di atas perkhidmatan cemerlang batalion tersebut di Negeri Terengganu, sebelum mereka berpindah ke Sarawak pada 17 Dis 1979. Kapal layar perak ini diilhamkan sendiri oleh setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu pada  masa tersebut. Ia berukuran 23 cm x 25 cm, beratnya 13 Kg dan di hadiahkan pada 17 Dis 1979 di Kuala Terengganu. Nilai harga Kapal Layar Perak kini berjumlah RM 1,500.00.  

 

Penafian: RAMD Batalion ke-24 tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik adalah Internet Explorer 9, Firefox 3 atau Google Chrome dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixels.
Copyright © 2014 Laman Web Rasmi Batalion Kedua Puluh Empat, Rejimen Askar Melayu Diraja

 

BATALION KEDUA PULUH EMPAT

REJIMAN ASKAR MELAYU DIRAJA

KEM RASAH, 70300

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

 

 TEL : 06 342-3232

 FAKS : 354-1233

bottom of page