top of page

KEJAYAAN OPERASI

 

    Semasa pasukan melaksanakan Op Indera XII di kawasan Sungai Chalit, Raub, Pahang. Seramai 4 orang PGK telah berjaya dibunuh di dalam 2 pertempuran berasingan seperti berikut:

 

1. Pada 250945H Jun 1979, 74834 Sjn Sharif bin Yunus telah terserempak dengan 5 x anggota PGK, 3 bersenjata dan 2 tidak bersenjata sedang mendaki permatang, masing-masing membawa beg galas. PGK tersebut telah melepaskan tembakan ke arah Pasukan Keselamatan dan mengenai pipi sebelah kanan 101863 Pbt Azlan bin Kadir. Dalam masa yang sama pasukan telah membalas tembakan dan berjaya membunuh 2 x PGK di tempat pertempuran dan 3 lagi PGK telah melarikan diri ke arah selatan.

 

2. 251015H Jun 1979, kumpulan 14418 PW I Yassin telah terserempak dengan 3 x PGK sedang melarikan diri di GR VE 461151 mendaki permatang untuk melintasi Sg Chalit, dalam masa yang sama 72032 Pbt Roni bin Wook telah melepaskan tembakan dan mengenai sasaran 1 x PGK perempuan mati disitu juga. Pertempuran telah berlaku beberapa minit dengan PGK, walau bagaimanapun dua lagi PGK dapat melarikan diri ke arah timur dari jalan Sg Chalit. PGK yang berjaya dibunuh adalah seperti berikut:

   

    a. Lai Chee Kong

    b. Lai Kwai

    c. Yu Kwai Chan (wanita).

 

    Ekoran dari pertempuran pertama di atas beberapa penjejakan yang agresif telah dilancarkan dari masa ke semasa oleh setiap kompeni. Pada 29 Jun 1979 Kompeni A yang diketuai oleh Kapt Yusuf Thamali semasa membuat penjejakan telah bertembung dengan sebuah khemah musuh di atas bukit. Dalam pertempuran yang meletus, kompeni ini telah berjaya membunuh seorang PGK yang amat dikehendaki iaitu GOH LOY SENG (OLD TIGER). Anggota yang berjaya menembak PGK tersebut adalah 1018653 Pbt Ngah Karim bin Mat Ari.

bottom of page