top of page

TERIAKAN SEMANGAT

 

RAMD memang diketahui umum terkenal dengan adat resamnya yang tersendiri.  Pelbagai adat resam dapat dilihat dalam setiap unit/batalion RAMD.  Bagi 24 RAMD pula, adat resam yang ada kebanyakannya adalah sama seperti unit/batalion RAMD yang lain iaitu adat bersalam setiap kali berjumpa, adat orentasi bagi pegawai/soldadu muda yang baru melapor ke unit, adat-adat wisma dan pelbagai lagi adat rejimental yang lain.  Namun begitu terdapat satu kelainan adat resam 24 RAMD yang tidak terdapat pada unit/batalion RAMD yang lain, iaitu adat teriakan semangat 24 RAMD setiap kali sebelum batalion bersurai dalam setiap perbarisan, perjumpaan dan lain-lain lagi.  Adat ini dilakukan dengan ketua perbarisan pada setiap perbarisan akan melapor terlebih dahulu kepada Pegawai Memerintah atau sebagainya.  Ketua perbarisan kemudian sebelum memberi keluar baris akan berteriak “MACAM BIASA, 24 MELAYU……24 MELAYU……24 MELAYU….." Anggota yang lain  akan berteriak "HO…..HO……HO……."dan bertepuk tangan.  

Penafian: RAMD Batalion ke-24 tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik adalah Internet Explorer 9, Firefox 3 atau Google Chrome dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixels.
Copyright © 2014 Laman Web Rasmi Batalion Kedua Puluh Empat, Rejimen Askar Melayu Diraja

 

BATALION KEDUA PULUH EMPAT

REJIMAN ASKAR MELAYU DIRAJA

KEM RASAH, 70300

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

 

 TEL : 06 342-3232

 FAKS : 354-1233

bottom of page